img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }
Saya telah menerima SMS kira-kira jam 11.00 pagi tadi berkenaan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir (dalam parlimen Permatang Pauh) telah meninggal dunia. Namun saya tiada kesempatan masa untuk dimasukkan kedalam blog ini ketika itu. Berikut adalah salinan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.com

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR Dr Mansor Othman dalam pilihanraya yang mencatatkan sejarah apabila jumlah pemilih yang keluar mengundi paling rendah ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.


Abdul Hadi singgung masyarakat Iban

KUCHING 24 Julai - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya semasa kempen parti itu pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan, 11 Julai lalu telah menyinggung perasaan masyarakat kaum Iban di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi itu telah 'merendah-rendahkan' masyarakat Iban khususnya di Lubok Antu.

Menurutnya, Abdul Hadi sebagai seorang yang bijak seharusnya meminta maaf di atas kenyataannya itu yang dibuat berdasarkan fakta yang tidak benar.

''Beliau mungkin berpandangan jauh dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan imaginasinya tanpa berdasarkan fakta yang benar.

''Kenyataan beliau itu telah menyinggung komuniti Iban terutamanya di Lubok Antu dan setiap orang yang berfikiran waras seharusnya memohon maaf atas kenyataan mereka itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi.

Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata; "Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," katanya.

Jabu menjelaskan, masyarakat Batang Air masih berpakaian normal dan tidak memakai cawat sebagaimana dakwa Abdul Hadi.

Menurutnya, masyarakat Iban hanya memakai pakaian tradisi sekiranya menari tarian tradisional mereka.

Beliau menarik perhatian Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan orang yang mengundi parti itu merupakan orang yang mempunyai fikiran yang waras dan wajar sahaja.

''Walaupun beliau berhak untuk membuat komen, tetapi kenyataannya itu tidak benar kerana hanya orang yang yang berfikiran waras sahaja yang mengundi untuk BN," tegas beliau.

update

Sudah lama saya tidak kemaskini blog ini..kerana saya terlibat sebagai penggerak Kursus Bakti Remaja Terengganu 2009 di Kompleks Rakan Muda, Kemaman.

p/s : hari ini baru sahaja selesai untuk dun kijal

Orang Muda Manek Urai Pilih BN

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor

PKR Kulim Bandar Bharu Minta Kota Darul Aman Di Bubarkan


ZULKIFLI BIN NOORDIN AHLI PARLIMEN PKR KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kenyataan YB Lim Guan Aik, ADUN (DAP) Kota Darul Aman yang mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi ADUN Bebas.

Ternyata beliau dan pimpinan DAP mempamerkan sikap chauvinistik dan keangkuhan yang melampau, sikap yang menyebabkan BN ditolak oleh rakyat.

Saya hairan mengapa YB Lim Guan Aik & Sdr Thomas Su (selaku Pengerusi DAP Negari kedah) tidak boleh mempamerkan sikap tolak ansur dan kompromi yang sihat saperti YB Dato Ngeh Kah Him (Pengerusi DAP Perak/YB Bruas) atau YB Ngar Kor Ming (YB Taiping).

Saya mengingatkan YB Lim Guan Aik bahawa beliau dipilih oleh rakyat atas dasar Pakatan Rakyat dan bukan atas kapasiti sebagai wakil DAP.

Oleh itu beliau sepatutnya mengambil jalan yang terhormat dengan mengosongkan kerusi DUN Kota Darul Aman supaya boleh diadakan satu pilihanraya kecil.

Saya mencabar YB Lim Guan Aik dan pimpinan DAP supaya bersikap secara bermaruah dan membenarkan rakyat menentukan samada mereka mahukan DAP ataupun Pakatan Rakyat.

Kotakan kata-kata anda. Bubarkan DUN Kota Darul Aman segera!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
10 Rejab 1430/ 04 Jun 2009

2012 PPSMI dimansuhkan

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

PPSMI dimansuhkan?

Adakah mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar menggunakan bahasa Melayu?

Jawapan persoalan yang ditunggu-tunggu itu akan terjawab esok apabila keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diumumkan esok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

[Liputan Khas] Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai

07 Julai 2009

HARI PENAMAAN CALON

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.

Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.

---------------------07 Julai 2009---------------------

Nasharuddin 'malu mata' ke Manek Urai

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mungkin "malu mata" hendak datang berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai, kata Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan.

"Tidak ada masalah, cuma barangkali mereka segan hendak mari. Tidak tahulah sebabnya, malu mata," kata Abdul Fatah Haron dalam sidang media harian PAS di markaz induknya di Manek Urai.


---------------------Laporan Lanjut Menyusul---------------------

PERSOALAN : Kenapa Pembangkang Selalu Betul? [Siri 1]

Meh sama-sama kita fikirkan :ha?:

  • Jika UMNO/BN menaikkan harga barang = PEMBANGKANG kata BN=Barang Naik :scream:
  • Jika UMNO/BN menurunkan harga barang = PEMBANGKANG kata "kerajaan menggula-gulakan rakyat" :sigh:
  • Jika UMNO/BN dilibatkan dengan kes rasuah = PEMBANGKANG kata "itu memang budaya UMNO dan BN":sobrakana:
  • Jika PAS dilibatkan dengan rasuah = PEMBANGKANG kata "ini konspirasi dan fitnah dan mainan kotor BN":siga:
  • JIka UMNO/BN dikaitkan dengan politik wang = PEMBANGKANG kata "beri salah, tak beri kalah"
  • Jika PAS juga dilaporkan terlibat dalam politik wang = PEMBANGKANG kata "saguhati/cenderamata" :woooh:
  • Jika UMNO/BN dikaitkan dengan kroni = PEMBANGKANG kata "korupsi :waaah: korupsi:waaah:korupsi:waaah:
  • Jika PAS dikaitkan dengan kroni = Nik Aziz kata "Beliau layak" "dalam Islam pun ada kroni" ; Saidina Abu Bakar, Omar dan lain-lain sahabat adalah kroni Rasulullah.:puppyeyes:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.
  • Jika UMNO/BN perkenalkan konsep Islam Hadhari = PEMBANGKANG kata itu agama baru...yang sebetulnya adalah Hadhoroh Islamiah (padahal itu cuma di'Arab'kan perkataan yang sama.:yawn:
  • Jika UMNO/BN perkenalkan manifesto "Selamat, Aman, Makmur" = PEMBANGKANG kata BN menagih simpati rakyat dan memancing undi. (memang la nk pancing undi..ko pun camtu gak):devilishgrin:
  • Jika PAS keluarkan menifesto = dikatanya Negara Kebajikannnn :eheh:
  • Jika UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC (yang menerima negara Islam) = PAS kata KAFIR :sobrakana:MUNAFIK:ayokona: SEKULAR:inis:
  • Jika PAS bekerjasama dengan DAP (yang jelas menolak negara Islam) = Nik Aziz kata "Dengan syaitan pun kita sanggup berkawan:hilo:
  • Jika UMNO/BN keluarkan kata-kata kesat = PEMBANGKANG kata "SAMAN!!!SAMAN!!!SAMAN!!!:astig:
  • Jika PAS keluarkan kata-kata kesat = Nik Aziz kata "Tuhan pun mencarut":tsk:
  • Jika UMNO/BN tak laksanakan HUDUD = PEMBANGKANG kata ini adalah kerajaan sekular dan kerajaan kafir yang menentang hukum Allah:puppyeyes:
  • Bila PAS memerintah Terengganu = Haji Hadi kata "Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 peratus dari hukum jenayah Islam":please:
  • "Jika Mahathir letak jawatan saya pun akan meletak jawatan" kata Nik Aziz:anongnangyari:
  • Bila Mahathir dah letak jawatan = "menjadi khalifah tidak ada istilah bersara...hanya maut yang akan memisahkannya" kata Nik Aziz:ahaha:

Ungkapan Perpecahan

"Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram" - Tok Guru Haji Omar Daud (Dewan Ulama PAS) Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan 1978

Menuduh " orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional hukumnya murtad" dan "orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan iman sembahyang". Juga "sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan"; "tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional" dan "kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang PAS yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalak antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina" - Haji Mustafa Abu Bakar, disebuah surau di Hulu Besut, Terengganu 1979

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.” - Hj. Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

ADUN DAP Kedah isytihar bebas dan berkecuali

Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.

Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong BN tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, memberitahu Bernama, pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.

"Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya DAP negeri sedang menunggu jawapan balas dari DAP pusat mengenai keputusan mereka berundur dari Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Lee berkata berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya umum lepas.

"Kita kesal dengan layanan yang diberikan kepada DAP kerana saya telah naik turun berjumpa menteri besar untuk meminta agar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) menangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi itu sementara menunggu keputusan kerajaan negeri meluluskan tapak pusat yang baru", katanya.

Rabu lalu, DAP Kedah membuat kejutan apabila mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana tidak yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri.

Tindakan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menangani isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dekat sini.

Pengerusi DAP negeri Thomas Su berkata selain Lee yang akan bertindak seperti ADUN bebas, tiga ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan jika DAP pusat bersetuju dengan keputusan mereka.

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

DAP Kedah membuat keputusan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri menutup satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Perbandaran Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/107619

Klik Gambar Di Bawah Untuk Menderma Kepada Anak Ayam


Langgan Artikel

Masukkan alamat email anda:

Dibawakan oleh FeedBurner


Dungun Blogger`s

Link Exchange

Banner yang akan dipaparkan di laman anda adalah sebagaimana di bawah


Politik Anak Ayam

Klik Gambar Di Bawah Untuk Derma Kepada Anak Ayam

Followers

Artikel Paling Popular

Blog Pilihan Utama

Lain -Lain Blog Pilihan

About