img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Aminah dedah bukti PKR sogok


Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.

Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menggunakan slogan "Ke Arah Keadilan Sebenar", Aminah bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin PKR tersebut.

Beliau juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

Mansor akan dilantik kepada jawatan nombor dua kerajaan itu bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut dan ADUN Penanti bulan lalu.

Aminah, yang berlambangkan kunci, mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.

Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua semalam menafikan parti itu cuba menyogok Aminah dan mencabar calon itu agar membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPR.

Hari ini, Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan menghantar segera surat peguamnya kepada Aminah agar menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf. sumber - malaysiakini


TERKINI : ADUN PAS Manik Urai Meninggal Dunia

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

Kebiadapan PR Di Sidang Dun Perak (7 Mei 2009)

Siri 1


Siri 2


Siri 3

Zambry berjaya tangguh keputusan mahkamah

TERKINI : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

UMNO Penghujung Hayat & RAHMAN

Artikel asal di blog Pemuda Umno Suragate http://pemuda-berani.blogspot.com/2009/05/umno-penghujung-hayat-rahman.html
Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera serta salam perpaduan.

1. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita semua masih lagi diberi ruang & peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini..ianya satu nikmat yang tidak terhingga.

2. Semalam saya bersama-sama seluruh ahli UMNO menyambut ulang tahun UMNO yang ke-63. Satu usia yang boleh dibanggakan bagi sebuah parti politik dan hakikatnya UMNO merupakan salah satu diantara parti dan pertubuhan politik yang paling bertahan dan berjaya di dunia. Saya menyambut ulang tahun UMNO yang ke-63 ini di Pejabat Pembangunan Dun Sura dengan mengadakan bacaan yasin serta tahlil selepas solat maghrib. Kemudian disusuli dengan solat hajat setelah selesai solat Isyak.

3. Semalam juga, disebalik keceriaan kebanggaan, UMNO dan saya menerima satu tamparan yang agak hebat. Apabila Mahkamah Tinggi mengistiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar merupakan Menteri Besar Perak yang sah dan menafikan majoriti mudah yang diperolehi oleh Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan apabila 3 Adun Pakatan Rakyat mengistiharkan keluar parti menjadi bebas yang menyokong BN. Namun saya tidak berhak mengulas dengan lebih lanjut berkaitan keputusan penghakiman tersebut.

4. Apa yang menarik 2-3 hari sebelum itu saya terbaca satu artikel disalah satu laman web (saya lupa dan masih tercari-cari alamat web tersebut) yang bertajuk USAH HARAP MAHKAMAH BERLAKU ADIL yang seolah-olah sudah tahu keputusan mahkamah yang akan menyebelahi Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Namun hakikatnya mereka silap.

5. Saya pernah juga ditanya oleh rakan-rakan tentang masa depan UMNO, apakah Umno dan BN masih lagi akan berkuasa pada PRU-13 nanti. Dan beberapa senario terkini dalam negara yang menunjukkan kelebihan kepada Pakatan Rakyat setiap tidak tanduk menyebelahi Pakatan Rakyat. Bermula kekalahan dalam pilihanraya kecil K.Terengganu, kemudian Bukit Selamabau serta Bukit Gantang. Kini di Penanti pula Umno dan BN masih lagi belum memberikan keputusan untuk bertanding atau tidak.

6. Bagi saya, pada asasnya..., saya sentiasa bersikap optimistik serta berkeyakinan. Mudahnya boleh dikatakan begini : Selagi kita mempunyai kuasa, dan amanah mandat yang berikan. Kita semua harus bekerja dengan kuat dan ikhlas serta tawakkal. Jangan cepat berputus asa dan menyerah kalah. Setelah itu kita kembali kepada pencipta alam, kita serahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya. Sekiranya kita diserlahkan dengan keikhlasan Allah SWT akan membantu.

7. Teori RAHMAN dikatakan N merupakan Perdana Menteri UMNO terakhir, N merujuk kepada Najib. Setelah R-Tunku Abdul Rahman, A-Abdul Razak, H-Huseein Onn, M-Mahathir, A-Abdullah. Setelah itu Umno akan hilang kuasa.

8. Saya ada anggapan sebegini.

i. Ianya satu teori dan secara kebetulan susunan huruf RAHMAN itu mempunyai persamaan, namun ianya tidak semestinya begitu. Kerana kita sebagai orang Islam hendaklah berbalik kepada Qada dan Qadar bukanya percaya kepada TEORI.

ii. Pernah saya ditanya oleh rakan-rakan dari pembangkang berkenaan teori tersebut " Mat guane teori RAHMAN, beetul ah Najib PM Umno terakhir..pahtu awok-awok aku ah plok". Secara spontan saya menjawab " Ya betul...tapi bukang PM Umno terakhir, tapi PM Melayu terakhir", dan kelihatan wajah rakan saya itu terkedu dan menampakkan kegusaran.

9. Apa-apapun saya mengharapkan rakan-rakan seperjuangan saya meneruskan agenda parti, agenda melayu, sama-sama kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Agar Umno parti keramat ini akan meneruskan kejayaan dan kecemerlangan dihari mendatang. Saya optimis!


Sekian.
Ahmad Rahmat Bin Ramlee
Ketua Pemuda Umno
Cawangan Suragate
Penulis berada yang paling tengah

Perkembangan Kes Menteri Besar Perak

BERIKUT adalah perkembangan susulan kes permohonan mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.

5.30 petang: Pasukan FRU diletakkan di kawasan sekitar bangunan SUK Perak.

5.05 petang: BN Perak menghormati keputusan mahkamah yang sahkan Nizar; kosongkan bangunan SUK dengan segera, kata pembantu Zambry Abdul Kadir.

4.43 petang: Nizar mengambil keputusan pertama menggantung penasihat undang-undang negeri Kamal serta-merta.

4.30 petang: Nizar akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok pagi di Istana Kuala Kangsar bagi memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.

4.15 petang: Kira-kira 30 penyokong Nizar berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah sambil melaungkan laungan 'Reformasi'.

4.15 petang: Mahkamah menolak keputusan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak

3.45 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.

2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.

2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.



Ulang Tahun UMNO Ke 63

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.




Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.


Peristiwa bersejarah UMNO ditubuh di Istana Besar Johor. Barisan hadapan, ditengah (berkaca mata hitam) ialah DYTM Tunku Mahkota Johor, mewakili DYMM Sultan Johor mencemar duli merasmikan konvensyen dimana UMNO lahir ini

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu


Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.


BN sedia kerjasama, bukan bentuk kerajaan


PEKAN 10 Mei - Barisan Nasional (BN) bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang di Perak bagi mengatasi kemelut politik di negeri berkenaan, tetapi ia tidak sampai ke tahap membentuk kerajaan campuran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerjasama itu boleh diadakan dalam pelbagai bentuk termasuk melibatkan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

''Walaupun kerjasama (diwujudkan), ia tidak bererti kita membuat kerajaan campuran. Itu tidak semestinya dalam bentuk itu, kerjasama boleh dalam pelbagai bentuk.

''Apa yang penting sekali, kita menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara berkelompok mesyuarat dan menyampaikan sumbangan kepada cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam yang sedia bekerjasama dengan beliau bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang bermula sejak BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada pakatan rakyat, tiga bulan lalu.

Kit Siang berkata, beliau melihat isu itu sebagai perkara yang penting dan perlu diberi perhatian segera supaya kemelut terbabit tidak berpanjangan sehingga menjejaskan pentadbiran negeri yang perlu memberi tumpuan kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kemelut politik di Perak tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama pembangkang menghormati peraturan dan undang-undang negara.

Bagaimanapun, katanya, tindakan pembangkang yang 'menegakkan benang basah' menyebabkan timbul kekecohan seperti yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Perdana Menteri yang berharap perkara tersebut tidak berulang menjelaskan, BN bersikap terbuka dalam masalah tersebut dan tidak mahu kekacauan berterusan kerana mahu memberi tumpuan dan berkhidmat kepada rakyat.

''Sebenarnya, kalau semua ikut peraturan, tiada kemelut. Jadi, bila masing-masing hendak menegakkan 'benang yang basah', itu jadi masalah.

''Macam mana pun kita bersikap terbuka dan tidak mahu kekacauan berterusan. Kita hendak berkhidmat untuk rakyat. Ini yang ditekankan dan kita hendak berkhidmat untuk semua kaum di Perak dan juga di seluruh negara," jelasnya.

Mengulas tindakan Majlis Tertinggi (MT) Parti Progresif Penduduk (PPP) memecat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah kerana didakwa terbabit politik wang, Perdana Menteri berkata, beliau akan menghalusi perkara tersebut sebelum membuat sebarang ulasan lanjut.

''Saya tidak tahu apa-apa lagi melainkan saya baca dalam surat khabar sahaja," katanya.

Menurut Najib, beliau juga akan meneliti sama ada perlu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu daripada Presiden PPP, Datuk M. Kayveas.

Ditanya kedudukan Murugiah dalam Kabinet pula, Perdana Menteri berkata:

"Itu terpulang, saya kena fikir dulu."




Nik Abduh tewas jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan


KOTA BHARU 9 Mei - Anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Nik Abduh yang juga penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan mendapat 56 undi manakala Abdul Latiff yang juga bekas Naib Ketua Pemuda memperoleh 78 undi pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-50 di sini hari ini.

Pada muktamar itu, ADUN Pasir Tumboh, Ahamad Baihaki Atiqullah menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda manakala Ketua Pemuda Pas Kawasan Tanah Merah, Hisham Fauzi menewaskan dua pencabar untuk menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda.

Dalam pada itu, Nik Abduh ketika ucapan penangguhan muktamar itu berkata, beliau gembira dengan keputusan itu walaupun tewas kerana ia diputuskan oleh 112 perwakilan yang hadir.

"Saya terima kekalahan ini dengan gembira kerana saya telah 'dihukum' oleh semua perwakilan dan saya ucapkan tahniah kepada Ustaz Latiff.

"Sejak dua tahun lalu saya beria-ia tidak bertanding sekiranya Ustaz Latiff mahu bertanding, tetapi atas sebab tertentu saya menawarkan diri, sesiapa yang mahu tahu sebabnya jumpa saya sendiri dan saya tidak mahu panjangkan di sini," katanya.

Menurut beliau, sejak awal lagi beliau mengetahui akan tewas pada pemilihan tersebut kerana tulisan dalam blognya yang bertajuk Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas baru-baru ini.

Bagaimanapun, tegasnya, artikel tersebut perlu ditulis bagi meluahkan rasa marahnya terhadap pembantu-pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan mengalihkan pandangan negatif pihak tertentu dalam Pas terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya membuat teguran paling besar yang saya cetuskan dalam hidup, apabila saya melihat ayah saya yang telah tua dan memberi kepercayaan kepada anak buahnya. Tetapi saya melihat unsur penipuan yang tidak jelas berlaku, maka saya terpaksa minta kepada Allah ketika ayah di Mekah untuk tunjukkan saya nasihat berguna.

"Sehingga saya mahu didengar di seluruh Malaysia, kalau cerita Kelantan saya yakin saya tidak akan menulis kerana saya tahu saya hilang undi hari ini dan saya tulis kerana saya yakin saya benar dan mahu menyelamatkan ayah saya.

"Tulisan ini juga bagi mengalih perhatian pihak tertentu yang menyalahkan Tok Guru Haji Hadi, saya mahu semua orang melihat kepada saya dan menyalahkan saya sehingga Presiden tidak disalahkan lagi, saya berjaya apabila saya mula dibenci," katanya. -Sumber: Utusan




Klik Gambar Di Bawah Untuk Menderma Kepada Anak Ayam


Langgan Artikel

Masukkan alamat email anda:

Dibawakan oleh FeedBurner


Dungun Blogger`s

Link Exchange

Banner yang akan dipaparkan di laman anda adalah sebagaimana di bawah


Politik Anak Ayam

Klik Gambar Di Bawah Untuk Derma Kepada Anak Ayam

Followers

Artikel Paling Popular

Blog Pilihan Utama

Lain -Lain Blog Pilihan

About