Artikel asal di blog Pemuda Umno Suragate http://pemuda-berani.blogspot.com/2009/05/umno-penghujung-hayat-rahman.htmlAssalamualaikum wbt.
Salam sejahtera serta salam perpaduan.
1. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita semua masih lagi diberi ruang & peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini..ianya satu nikmat yang tidak terhingga.
2. Semalam saya bersama-sama seluruh ahli UMNO menyambut ulang tahun UMNO yang ke-63. Satu usia yang boleh dibanggakan bagi sebuah parti politik dan hakikatnya UMNO merupakan salah satu diantara parti dan pertubuhan politik yang paling bertahan dan berjaya di dunia. Saya menyambut ulang tahun UMNO yang ke-63 ini di Pejabat Pembangunan Dun Sura dengan mengadakan bacaan yasin serta tahlil selepas solat maghrib. Kemudian disusuli dengan solat hajat setelah selesai solat Isyak.
3. Semalam juga, disebalik keceriaan kebanggaan, UMNO dan saya menerima satu tamparan yang agak hebat. Apabila Mahkamah Tinggi mengistiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar merupakan Menteri Besar Perak yang sah dan menafikan majoriti mudah yang diperolehi oleh Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan apabila 3 Adun Pakatan Rakyat mengistiharkan keluar parti menjadi bebas yang menyokong BN. Namun saya tidak berhak mengulas dengan lebih lanjut berkaitan keputusan penghakiman tersebut.
4. Apa yang menarik 2-3 hari sebelum itu saya terbaca satu artikel disalah satu laman web (saya lupa dan masih tercari-cari alamat web tersebut) yang bertajuk USAH HARAP MAHKAMAH BERLAKU ADIL yang seolah-olah sudah tahu keputusan mahkamah yang akan menyebelahi Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Namun hakikatnya mereka silap.
5. Saya pernah juga ditanya oleh rakan-rakan tentang masa depan UMNO, apakah Umno dan BN masih lagi akan berkuasa pada PRU-13 nanti. Dan beberapa senario terkini dalam negara yang menunjukkan kelebihan kepada Pakatan Rakyat setiap tidak tanduk menyebelahi Pakatan Rakyat. Bermula kekalahan dalam pilihanraya kecil K.Terengganu, kemudian Bukit Selamabau serta Bukit Gantang. Kini di Penanti pula Umno dan BN masih lagi belum memberikan keputusan untuk bertanding atau tidak.
6. Bagi saya, pada asasnya..., saya sentiasa bersikap optimistik serta berkeyakinan. Mudahnya boleh dikatakan begini : Selagi kita mempunyai kuasa, dan amanah mandat yang berikan. Kita semua harus bekerja dengan kuat dan ikhlas serta tawakkal. Jangan cepat berputus asa dan menyerah kalah. Setelah itu kita kembali kepada pencipta alam, kita serahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya. Sekiranya kita diserlahkan dengan keikhlasan Allah SWT akan membantu.
7. Teori RAHMAN dikatakan N merupakan Perdana Menteri UMNO terakhir, N merujuk kepada Najib. Setelah R-Tunku Abdul Rahman, A-Abdul Razak, H-Huseein Onn, M-Mahathir, A-Abdullah. Setelah itu Umno akan hilang kuasa.
8. Saya ada anggapan sebegini.
i. Ianya satu teori dan secara kebetulan susunan huruf RAHMAN itu mempunyai persamaan, namun ianya tidak semestinya begitu. Kerana kita sebagai orang Islam hendaklah berbalik kepada Qada dan Qadar bukanya percaya kepada TEORI.
ii. Pernah saya ditanya oleh rakan-rakan dari pembangkang berkenaan teori tersebut " Mat guane teori RAHMAN, beetul ah Najib PM Umno terakhir..pahtu awok-awok aku ah plok". Secara spontan saya menjawab " Ya betul...tapi bukang PM Umno terakhir, tapi PM Melayu terakhir", dan kelihatan wajah rakan saya itu terkedu dan menampakkan kegusaran.
9. Apa-apapun saya mengharapkan rakan-rakan seperjuangan saya meneruskan agenda parti, agenda melayu, sama-sama kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Agar Umno parti keramat ini akan meneruskan kejayaan dan kecemerlangan dihari mendatang. Saya optimis!
Sekian.
Ahmad Rahmat Bin Ramlee
Ketua Pemuda Umno
Cawangan Suragate
Post a Comment
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]