img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam piliharanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Aziz mendapat restu dan sokongan padu pimpinan parti, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik ahli akar umbi.

Tuan Aziz, 39, juga merupakan pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Muhyiddin membuat pengumuman tersebut , dibuat oleh Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di Kuala Krai.

Editor : Cuti 2 Hari

Saya cuti 2 hari daripada mengendalikan blog ini kerana terlibat dalam program SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU di Kg. Raja Besut, Terengganu pada 26 - 27 hb Jun 2009.

p/s : Sekarang ni baru je sampai rumah....
:woooh:

Michael Jackson meninggal dunia

Ini bukan hal politik :sigh:

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP


Poster Hadi dinaik di Manek Urai

Rujuk --> http://malaysiakini.com/news/107190

Pulak dah.......:sweaty:


Mana perginya LOKALISASI:ha?:

Bila idea KERAJAAN PERPADUAN dah ditarik...baru poster Hadi boleh dinaikkan:woooh:
Terus terang je kan senang:devilishgrin:

Poster Nasha Di Bachok

Apa Kes?:astig:





Tiada poster Hadi walaupun isu k'jaan perpaduan reda

Haji Hadi merenung jauh memikirkan apakah gunanya jadi Ketua atau Presiden parti tapi cakapnya tak mahu didengar oleh anak buah.

Sumber : Malaysiakini
Poster presiden PAS tetap tidak dinaikkan dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai walaupun isu kerajaan perpaduan dalam parti telah reda susulan keputusan terbarunya dan Pakatan Rakyat semalam.

Ketiadaan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak berkaitan dengan isu politik nasional, kata Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Nasir Daud hari ini.

"Setakat ini, tidak menaikkan lagi poster Haji Hadi. Poster Haji Hadi tidak ada kena-mengena dengan isu politik nasional," katanya kepada Malaysiakini.

Setakat ini, tambahnya, PAS Kelantan masih tetap menggunakan strategi "lokalisasi" dengan menonjolkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar.

Malaysiakini minggu lepas melaporkan, jentera pilihanraya PAS negeri berhasrat menonjolkan poster calon bersama Nik Aziz, tidak lagi gandingan kedua-duanya seperti pada pilihanraya kecil sebelum ini.

PAS Kelantan bagaimanapun bertegas menafikan ketiadaan poster presiden mereka mempunyai kaitan dengan pergeseran Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

  1. Emm.....kebencian terhadap Ketua dah tersemat.:galit:
  2. :ahaha:Hahaha...Memang dari dasar dan asasnya PAS Kelantan & PAS Terengganu mempunyai ideologinya tersendiri. Ini terbukti apabila Hudud PAS Kelantan & Hudud PAS Terenganu berbeza.
  3. Mana perginya kepimpinan ulamak?, Majlis Syura? Cakap "ulamak" tak didengar...Majlis Syura tak bersidang:devilishgrin:
  4. Jangan nak nafi, "lokalisasi" la kononya...buat apalagi nak sorok kepala dalam pasir, punggung tertonggeng kat luar:tsk:

Komentar Anak Ayam

Anda mempunyai sebarang persoalan, kritikan, pandangan, atau sebarang luahan terhadap blog PolitikAnakAyam ini? Hantarkan pada ruangan komen dibawah:

Siapa Calon BN Di Manek Urai?

  1. Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat
  2. Naib Ketua Umno bahagian Kuala krai, Jalal Muda
  3. Bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan

"Kerajaan Perpaduan" Kerajaan Yang Tidak Sihat


"Kerajaan Perpaduan" menjadi isu hangat sehinggalah artikel ini ditulis...ianya saya jangkakan reda setelah sidang akhbar Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang diadakan semalam dimana sebulat suara Pakatan Rakyat menolak idea "Kerajaan Perpaduan" yang dicetuskan oleh Presiden PAS YB Haji Hadi Awang.

Dari awal lagi saya sudah jangkakan kesudahanya gagal sebagaimana "muzakarah" sebelum ini. "Kerajaan Perpaduan" yang dimaksudkan oleh Haji Hadi adalah dimana ingin mewujudkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang (emm....bagus sangat ke kerajaan tanpa "check & balance"), namun bukanlah menyertai BN atau UMNO sebagaimana yang difikirkan oleh YB Haji Nik Aziz Nik Mat.

Ianya menjadi satu "krisis" kerana lontaran idea ini datang dari mulut Haji Hadi tanpa membuat sebarang perbincangan dengan rakan sekutunya DAP dan PKR.

  1. Dan....harus diingat oleh Haji Hadi, beliau bukanlah Ketua Pembangkang Malaysia, bukanlah Ketua PR, bukanlah "de factor", bukanlah "supremo" didalam PR, malah sekarang kata-kata beliau tidak laku didalam PAS itu sendiri.
  2. Dan....apalagi kalau tidak melentinglah kedua-duanya kerana takut kehilangan kuda tunggangannya itu.:scream:
  3. Dan...Mungkinkah ini jua adalah satu "signal" ugutan dari Haji Hadi untuk Pakatan Rakyat kerana merasakan PAS seolah-olah dibuat sebagai melukut ditepi gantang dalam PR.:devilishgrin:

Oleh kerana idea "Kerajaan Perpaduan"(selepas ini disebut Kerajaan Perpaduan PAS) Haji Hadi ini dibuat tanpa perbincangan dengan sekutu PR, dan perbincangan dilihat menjurus kepada UMNO, maka "Kerajaan Perpaduan PAS" ini dilihat adalah dimana ingin mewujudkan sebuah kerajaan federal antara PAS + UMNO. UMNO merupakan sebuah parti Melayu terbesar, PAS juga merupakan sebuah parti Melayu yang semakin kuat. Kesimpulannya kedua-duanya adalah parti kaum Melayu.

Maka secara tidak langsung apakah bagus idea Kerajaan Perpaduan PAS ini? Saya sendiri ingin melihat di mana kaum Melayu bersatu tanpa berlainan ideologi...namun dari satu sudut, saya melihatkan ianya kurang sesuai buat masa ini.

  1. Dilihat ianya bukan Kerajaan Perpaduan tetapi lebih kepada Kerajaan Melayu. Kerajaan yang berasaskan kaum, ianya boleh dianggap sebuah kerajaan yang memberi ancaman kepada kaum Cina, India dan lain-lain.
  2. Kebiasaannya kerajaan yang berasaskan etnik tidak kekal kerana kebarangkalian berlaku pemberontakan dari kaum lain adalah tinggi.

Perpaduan = membawa maksud bersatu padu.

Perpaduan di Malaysia pula mempunyai konteks yang lebih luas kerana negara kita ini mempunyai pelbagai kaum, maka perpaduan boleh ditafsirkan sebagai bersatu padu antara kaum tanpa mengira bangsa, agama.

Oleh itu Kerajaan Perpaduan PAS bukanlah tidak baik, tetapi kurang sihat.

Kerajaan Perpaduan sebenar adalah dimana kerajaan yang terdiri daripada semua kaum sebagaimana yang ditafsirkan oleh Nik Aziz...Ya betul, saya setuju.

Oleh itu apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan.

Ianya sebuah kerajaan dimana kaum-kaum lain tidak dipinggirkan, semua kaum boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, boleh menjadi Ahli Parlimen, boleh dilantik Menteri ,pendek kata boleh dilantik memegang jawatan dalam kerajaan samada diperingkat federal ataupun state sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.

:woooh:

Sah! Datuk Roslan, Dato Rosli digugurkan.

Benarlah sumber yang kami dapati petang semalam.
Rujukan Kami : Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru.


KUALA TERENGGANU 21 Jun - Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru.

Beliau menggantikan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said pula dilantik Bendahari menggantikan Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Jawatan Ketua Penerangan disandang oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menggantikan Datuk Zuber Embong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelantikan tiga pemimpin itu merupakan antara usaha memantapkan jentera parti.

Katanya, pengumuman mengenai pelantikan pemimpin lain bagi mengisi beberapa jawatan penting akan dibuat selepas ini.

''Keputusan itu dibuat bagi memastikan kedudukan UMNO kembali mantap selain sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama badan perhubungan itu di ibu pejabat UMNO Negeri di sini malam ini.

Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Hishammuddin selepas mengambil alih jawatan sebagai pengerusi baru.

Turut hadir Timbalan Pengerusi, Datuk Ahmad Said, ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua sayap terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Puteri.

Semua Ketua UMNO Bahagian kecuali Besut, Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam mesyuarat berlangsung sejam itu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, mesyuarat berkenaan juga membincangkan beberapa agenda termasuk hala tuju dan program yang bakal diadakan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ia juga bertujuan memastikan barisan kepimpinan yang ada dirapatkan selaras dengan kehendak ahli dan rakyat di peringkat akar umbi yang mahukan jentera parti dimantapkan khusus dalam menghadapi cabaran mendatang.

''Kami juga mahu memastikan perpaduan sesama sendiri kembali utuh kerana apa yang penting sekarang ialah perpaduan dan kekuatan parti dan bukannya memperjuangkan kepentingan individu tertentu," katanya.

Hishammuddin berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan Melayu Terengganu dalam tempoh terdekat bagi membuktikan Melayu di negeri ini tetap teguh.

Bagaimanapun, katanya, tarikh perhimpunan itu akan ditentukan kemudian. - Utusan


Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru.

Emm... Dengar khabarnya petang tadi ada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Errrr.....apa yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut?:ha?:

Digugurkan

1. YBhg. Datuk (Dr.) Rosli bin Mat Hassan (Setiausaha)
2. YB. Senator Datuk Roslan bin Awang Chik (Bendahari)

Dilantik

1. YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Setiausaha)
2. Datuk Abdul Rahin bin Dato' Mohd Said (Bendahari)
3. Datuk Ahmad Shabery Cheek (Ketua Penerangan)

PAS Terengganu Mengaku Tak Buat Apa - Apa

Ini cerita lama...sekadar untuk pendedahan kita semua aje :ha?:



Kita Lebih Aman Tanpa Anwar

  • Bagaimana mahu memilih pemimpin?
  • Apakah kreterianya?
  • Pemimpin dibahagikan kepada beberapa kategori.

Pemimpin Kategori 1

Adanya beliau sama sahaja, tanpa beliau sama sahaja.

Pemimpin Kategori 2
Adanya beliau menyenangkan, tanpa beliau menyusahkan.

Pemimpin Kategori 3
Adanya beliau menyusahkan, tanpa beliau menyenangkan.

Sah DSAI pemimpin Kategori 3
Dulu sewaktu DSAI tiada kita lebih aman, harmoni, berpadu, tiada yang berani mempersoalkan kontrak sosial, tiada yang berani, dalam PAS pun tidak berpuak-puak, tiada yang lompat-lompat parti, tiada tawar-menawar MP, tiada HINDRAF,...tapi itu dulu, sewaktu ketiadaan DSAI

Nasharudin buat sampah - Nik Aziz


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.
"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Berita Penuh : Klik Di Sini

  • Emm.........Nampaknya Tok Guru dah jadi DIKTATOR!!!
  • Wah..........Sapa tak setuju cakap Tok Guru ibarat SAMPAH!!!
  • Amboi......Tok Guru ALWAYS RIGHT...maka anak murid kena YESS BOSS!!!
  • Adoi..........Dulu cakap kalau Dr.M letak jawatan beliau pun mahu letak...beliau bukan gila pangkat dan kuasa.
  • Uh!Uh!Uh!...Kini Tok Guru kata dalam politik TIADA ISTILAH BERSARA..menjadi khalifah hanyalah maut baru dikira bersara.
  • Hoi............KERAJAAN PERPADUAN? Apa ni? Boneka UMNO la....
  • Ish............Adalah lebih baik kita menjadi BONEKA DAP....Apalah sangat...lagikan dengan syaitan pun kita sanggup berkawan!

Bendera baru PAS (PAS ERDOGAN)

Mohammad Nizar dihalau keluar Dewan


Lima ahli parlimen pembangkang, termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelima-limanya meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Merek berlima juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.


RM23j untuk dana remaja Terengganu

KUALA TERENGGANU 7 Jun — Lebih 12,000 remaja di negeri ini akan memperoleh wang sebanyak RM200 seorang selewat-lewatnya sebelum Hari Raya melalui Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 hasil wang royalti minyak Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, pada tahun ini kerajaan negeri memperuntuk RM23 juta untuk program yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu yang dahulunya dikenali sebagai wang ihsan.

“Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

“Kita harap remaja-remaja yang menerima wang ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,” katanya.

Ahmad berkata selain itu, seramai 160,000 keluarga lagi di Terengganu akan menerima wang dana khas tahun ini. Bagaimanapun beliau tidak memberikan jumlah peruntukan untuk program itu.

Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap remaja-remaja melalui pelbagai program pembangunan rohani dan fizikal bagi mengatasi gejala sosial samseng jalanan.

Beliau berkata ini termasuklah memberikan buku elektronik kepada setiap pelajar tahun lima mulai tahun ini sebelum program itu diteruskan kepada pelajar-pelajar tahun empat mulai tahun depan.

— BERNAMA




Klik Gambar Di Bawah Untuk Menderma Kepada Anak Ayam


Langgan Artikel

Masukkan alamat email anda:

Dibawakan oleh FeedBurner


Dungun Blogger`s

Link Exchange

Banner yang akan dipaparkan di laman anda adalah sebagaimana di bawah


Politik Anak Ayam

Klik Gambar Di Bawah Untuk Derma Kepada Anak Ayam

Followers

Artikel Paling Popular

Blog Pilihan Utama

Lain -Lain Blog Pilihan

About