img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

"Kerajaan Perpaduan" Kerajaan Yang Tidak Sihat


"Kerajaan Perpaduan" menjadi isu hangat sehinggalah artikel ini ditulis...ianya saya jangkakan reda setelah sidang akhbar Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang diadakan semalam dimana sebulat suara Pakatan Rakyat menolak idea "Kerajaan Perpaduan" yang dicetuskan oleh Presiden PAS YB Haji Hadi Awang.

Dari awal lagi saya sudah jangkakan kesudahanya gagal sebagaimana "muzakarah" sebelum ini. "Kerajaan Perpaduan" yang dimaksudkan oleh Haji Hadi adalah dimana ingin mewujudkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang (emm....bagus sangat ke kerajaan tanpa "check & balance"), namun bukanlah menyertai BN atau UMNO sebagaimana yang difikirkan oleh YB Haji Nik Aziz Nik Mat.

Ianya menjadi satu "krisis" kerana lontaran idea ini datang dari mulut Haji Hadi tanpa membuat sebarang perbincangan dengan rakan sekutunya DAP dan PKR.

  1. Dan....harus diingat oleh Haji Hadi, beliau bukanlah Ketua Pembangkang Malaysia, bukanlah Ketua PR, bukanlah "de factor", bukanlah "supremo" didalam PR, malah sekarang kata-kata beliau tidak laku didalam PAS itu sendiri.
  2. Dan....apalagi kalau tidak melentinglah kedua-duanya kerana takut kehilangan kuda tunggangannya itu.:scream:
  3. Dan...Mungkinkah ini jua adalah satu "signal" ugutan dari Haji Hadi untuk Pakatan Rakyat kerana merasakan PAS seolah-olah dibuat sebagai melukut ditepi gantang dalam PR.:devilishgrin:

Oleh kerana idea "Kerajaan Perpaduan"(selepas ini disebut Kerajaan Perpaduan PAS) Haji Hadi ini dibuat tanpa perbincangan dengan sekutu PR, dan perbincangan dilihat menjurus kepada UMNO, maka "Kerajaan Perpaduan PAS" ini dilihat adalah dimana ingin mewujudkan sebuah kerajaan federal antara PAS + UMNO. UMNO merupakan sebuah parti Melayu terbesar, PAS juga merupakan sebuah parti Melayu yang semakin kuat. Kesimpulannya kedua-duanya adalah parti kaum Melayu.

Maka secara tidak langsung apakah bagus idea Kerajaan Perpaduan PAS ini? Saya sendiri ingin melihat di mana kaum Melayu bersatu tanpa berlainan ideologi...namun dari satu sudut, saya melihatkan ianya kurang sesuai buat masa ini.

  1. Dilihat ianya bukan Kerajaan Perpaduan tetapi lebih kepada Kerajaan Melayu. Kerajaan yang berasaskan kaum, ianya boleh dianggap sebuah kerajaan yang memberi ancaman kepada kaum Cina, India dan lain-lain.
  2. Kebiasaannya kerajaan yang berasaskan etnik tidak kekal kerana kebarangkalian berlaku pemberontakan dari kaum lain adalah tinggi.

Perpaduan = membawa maksud bersatu padu.

Perpaduan di Malaysia pula mempunyai konteks yang lebih luas kerana negara kita ini mempunyai pelbagai kaum, maka perpaduan boleh ditafsirkan sebagai bersatu padu antara kaum tanpa mengira bangsa, agama.

Oleh itu Kerajaan Perpaduan PAS bukanlah tidak baik, tetapi kurang sihat.

Kerajaan Perpaduan sebenar adalah dimana kerajaan yang terdiri daripada semua kaum sebagaimana yang ditafsirkan oleh Nik Aziz...Ya betul, saya setuju.

Oleh itu apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan.

Ianya sebuah kerajaan dimana kaum-kaum lain tidak dipinggirkan, semua kaum boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, boleh menjadi Ahli Parlimen, boleh dilantik Menteri ,pendek kata boleh dilantik memegang jawatan dalam kerajaan samada diperingkat federal ataupun state sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.

:woooh:

Related Posts :



Comments

0 Responses to ""Kerajaan Perpaduan" Kerajaan Yang Tidak Sihat"

Post a Comment

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

Klik Gambar Di Bawah Untuk Menderma Kepada Anak Ayam


Langgan Artikel

Masukkan alamat email anda:

Dibawakan oleh FeedBurner


Dungun Blogger`s

Link Exchange

Banner yang akan dipaparkan di laman anda adalah sebagaimana di bawah


Politik Anak Ayam

Klik Gambar Di Bawah Untuk Derma Kepada Anak Ayam

Followers

Artikel Paling Popular

Blog Pilihan Utama

Lain -Lain Blog Pilihan

About