img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Tiada poster Hadi walaupun isu k'jaan perpaduan reda

Haji Hadi merenung jauh memikirkan apakah gunanya jadi Ketua atau Presiden parti tapi cakapnya tak mahu didengar oleh anak buah.

Sumber : Malaysiakini
Poster presiden PAS tetap tidak dinaikkan dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai walaupun isu kerajaan perpaduan dalam parti telah reda susulan keputusan terbarunya dan Pakatan Rakyat semalam.

Ketiadaan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak berkaitan dengan isu politik nasional, kata Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Nasir Daud hari ini.

"Setakat ini, tidak menaikkan lagi poster Haji Hadi. Poster Haji Hadi tidak ada kena-mengena dengan isu politik nasional," katanya kepada Malaysiakini.

Setakat ini, tambahnya, PAS Kelantan masih tetap menggunakan strategi "lokalisasi" dengan menonjolkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar.

Malaysiakini minggu lepas melaporkan, jentera pilihanraya PAS negeri berhasrat menonjolkan poster calon bersama Nik Aziz, tidak lagi gandingan kedua-duanya seperti pada pilihanraya kecil sebelum ini.

PAS Kelantan bagaimanapun bertegas menafikan ketiadaan poster presiden mereka mempunyai kaitan dengan pergeseran Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

  1. Emm.....kebencian terhadap Ketua dah tersemat.:galit:
  2. :ahaha:Hahaha...Memang dari dasar dan asasnya PAS Kelantan & PAS Terengganu mempunyai ideologinya tersendiri. Ini terbukti apabila Hudud PAS Kelantan & Hudud PAS Terenganu berbeza.
  3. Mana perginya kepimpinan ulamak?, Majlis Syura? Cakap "ulamak" tak didengar...Majlis Syura tak bersidang:devilishgrin:
  4. Jangan nak nafi, "lokalisasi" la kononya...buat apalagi nak sorok kepala dalam pasir, punggung tertonggeng kat luar:tsk:

Related Posts :



Comments

0 Responses to "Tiada poster Hadi walaupun isu k'jaan perpaduan reda"

Post a Comment

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

Klik Gambar Di Bawah Untuk Menderma Kepada Anak Ayam


Langgan Artikel

Masukkan alamat email anda:

Dibawakan oleh FeedBurner


Dungun Blogger`s

Link Exchange

Banner yang akan dipaparkan di laman anda adalah sebagaimana di bawah


Politik Anak Ayam

Klik Gambar Di Bawah Untuk Derma Kepada Anak Ayam

Followers

Artikel Paling Popular

Blog Pilihan Utama

Lain -Lain Blog Pilihan

About