img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Kenapa Calon Bukan Pilihan Mursyidul Am Menjadi Pilihan?

Bekas MB sembah derhaka dinamakan calon PAS di Bukit Gantang

KOTA BHARU 10 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP supaya bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti.

Menteri Besar Kelantan itu berpendapat selagi Mohammad Nizar masih dianggap oleh Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak, adalah tidak sesuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu dicalonkan bertanding untuk kerusi Parlimen itu.

“Kalau tanya saya, saya tidak boleh terima seorang yang berjawatan MB (Menteri Besar) ambil (wakili kawasan) Parlimen…kecuali orang yang tidak berjawatan MB.

“Bagi saya tidak elok kalau MB Perak (Mohammad Nizar) turut bertanding di kawasan lain, sedangkan dia mempunyai kedudukan di kawasan lama. Ini seperti yang dilakukan bekas Presiden PAS dahulu, (Allahyarham) Datuk Asri Muda, yang bertanding di dua kerusi ketika memegang jawatan Menteri Besar Kelantan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz memuji langkah anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, Kedah, V Arumugam yang meletak jawatan sebagai Adun dan Exco kerajaan negeri semalam sebagai seorang yang berprinsip.

Beliau juga bersetuju jika pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau diadakan secara serentak kerana ia dibolehkan mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang negara.
Katanya, jika kesihatannya mengizinkan, beliau akan pergi berkempen pada pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu.

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang akan diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada PAS, Roslan Shaharum, 50, semalam akibat diserang sakit jantung manakala pilihan raya Dun Bukit Selambau pula berikutan peletakan jawatan Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain itu, Nik Abdul Aziz memuji rakyat Kelantan yang disifatkannya sebagai matang berpolitik menyebabkan negeri itu mampu dipertahankan PAS walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan daripada musuh politiknya.

Beliau berkata, walaupun Kelantan diperintah PAS namun pelbagai projek pembangunan berjaya dilaksanakan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat. - Bernama



Related Posts :



Comments

0 Responses to "Kenapa Calon Bukan Pilihan Mursyidul Am Menjadi Pilihan?"

Post a Comment

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

Klik Gambar Di Bawah Untuk Menderma Kepada Anak Ayam


Langgan Artikel

Masukkan alamat email anda:

Dibawakan oleh FeedBurner


Dungun Blogger`s

Link Exchange

Banner yang akan dipaparkan di laman anda adalah sebagaimana di bawah


Politik Anak Ayam

Klik Gambar Di Bawah Untuk Derma Kepada Anak Ayam

Followers

Artikel Paling Popular

Blog Pilihan Utama

Lain -Lain Blog Pilihan

About