img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Bekas Ketua Wanita PKR Tawar Jadi Calon Bebas

Kemaskini 6.30pm
PETALING JAYA 26 April — Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang menawarkan diri sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti berharap beliau dapat bertanding satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil itu.

Aminah berharap Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding kerusi berkenaan dan memberinya laluan untuk melawan PKR dan memberi cabaran kepada parti itu pada pilihan raya kecil yang akan diadakan.

“Saya berharap dapat berdepan dengan PKR untuk benar-benar menegakkan keadilan dan kebenaran. Janganlah kita sembunyikan kebenaran daripada rakyat, kalau kita salah, akuilah kesalahan itu supaya ia dapat diperbetulkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Subang dekat sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok di Putrajaya bagi mengumumkan mengenai status kerusi dewan udangan negeri itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain telah mengesahkan baru-baru ini bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin telah meletakkan jawatan. Mohammad Fairus tetap dengan keputusannya meletakkan jawatan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membebaskannya daripada sebarang tuduhan berhubung siasatan rasuah.

- BERNAMA




Related Posts :



Comments

0 Responses to "Bekas Ketua Wanita PKR Tawar Jadi Calon Bebas"

Post a Comment

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

Klik Gambar Di Bawah Untuk Menderma Kepada Anak Ayam


Langgan Artikel

Masukkan alamat email anda:

Dibawakan oleh FeedBurner


Dungun Blogger`s

Link Exchange

Banner yang akan dipaparkan di laman anda adalah sebagaimana di bawah


Politik Anak Ayam

Klik Gambar Di Bawah Untuk Derma Kepada Anak Ayam

Followers

Artikel Paling Popular

Blog Pilihan Utama

Lain -Lain Blog Pilihan

About